Mummy Sara's Shop Mummy Sara's Shop: ABOUT ME...SYARIFAH RAHIM.

Wednesday, 24 January 2018

ABOUT ME...SYARIFAH RAHIM.

Assalamualaikum..........






Jemput melawat blog saya yerk sahabat semua.

SESI PERKENALAN DIRI.

          Hi semua nama saya Syarifah, kalau kat tempat kerja bos2 suka panggil sherry. Ada jugak yang panggil che pah so ikut korang la nak panggil saya apa asalkan rasa bersesuaian yerk. 


          Saya berasal daripada negeri Perak, orang Parit kome teman ni. Tapi start form 4 lagi dah merantau keluar. Masa tu dapat Sekolah Sains Pokok Sena kat Kedah nun, then sambung ke matriks gopeng. Lepas tu dapat pulak melanjutkan pelajaran di Universiti kebangsaan Malaysia selama 5 tahun.  Bila ditawarkan pekerjaan pun dapat kat negeri orang iaitu Selangor.

         Tapi walaupun dah jauh merantau ni, idak pulak kawin dengan orang jauh. Jodoh ku tetap dengan orang Perak jugak. Siap kampung sebelah lagi. Memang senang la nak balik beraya. Tak gaduh, Dua2 belah mak ayah dapat ziarah. Bila balik kampung pun macam tu. Senang kan.

           Saya berkahwin pada umur 25 tahun dan kini dah dikurniakan 3 orang anak, 2 anak lelaki kembar berumur 8 tahun dan seorang anak perempuan berumur 2 tahun setengah. Perangai boleh tahan nakal tiga2 orang ni, sampai ibu bertukar menjadi hijau most of the time.


         
          Di samping itu, saya jugak seorang wanita yang berkerjaya. Dah le bekerja, sambung pelajaran lagi pulak tu. Semestinya life saya teramat la busy, tapi dalam masa yang sama saya amat meminati bidang perniagaan. Ye la kalau nak harap gaji kerja hakiki dengan kos hidup di bandar ni manalah mencukupi kan. Tambah2 pulak anak pun ramai. Hihihi. Kena la cari side income sikit sikit. Lagipun darah bisness memang dah sebati dalam diri. Mak ayah, adik beradik semua nya buat bisness. 





       I love to challenge myself, saya ni jenis yang tak suka statik dekat satu tempat je. Kalau buat apa apa saya mesti berazam untuk buat yang terbaik dan mesti sampai jadi. Dan disebab kan masa saya yang terhad, saya pun memilih Shaklee sebagai platform untuk mencapai cita cita saya. Bisness Shaklee ni best tau, ramai yang kata susah tapi saya rasa ok je kalau berjumpa dengan team yang dapat membimbing dengan betul. Nak tau apa yang best nya bisness ni dan apa Shakleeffect yang saya dah dapat?

Saya akan kongsikan dalam next entry ya.

Jangan lupa jugak follow story saya di facebook Syarifah Rahim.
Kalau nak order vitamin pun contact saya jugak yerk.

*** Nama mummysarashop ni saya ilham kan daripada nama anak bongsu saya, nama penuh dia Aina Maisarah. Aina bemaksud mata yang cantik dan Maisarah pulak maksudnya ketenangan, kemakmuran dan kekayaan.







0 comments:

Post a Comment