Dah lama tak bawak anak pergi mandi pool.
So last weekend pujuk
la ayah budak bertiga ni pergi kolam awam kat Putrajaya. Before this pergi yang
kolam free kat dataran gemilang tu..
Tapi memang not recommended at all. For me tak bersih. Siap
jumpa tooottttttt dalam kolam tu. Semenjak tu tak mau pi mandi kat situ dah.
Tapi kawan2 cakap kolam awam lain ok je, bersih.
Sherry pun buat homework skit la before ajak husband pergi
bwak anak anak. Husband ni cerewet sikit, kotor kotor tak mau pi.
Terdapat 4 kolam renang awam yang best di sekitar Putrajaya
ni. Satu tak terletak dalam kompleks kejiranan iaitu Presint 6. Manakala 3
daripadanya pulak terletak di dalam Kompleks Kejiranan iaitu Presint 9,11 dan
16. Kolam yang dalam kompleks kejiranan ni sangat berhampiran dengan facility
lain seperti foodcourt, badminton court, gymnasium, padang bola, surau dan
sebagainya. Lepas berenang lapar lapar senang la terus je pergi singgah di food
court kan.
Sherry sekeluarga pilih untuk pergi pool yang
dekat Presint 16. Pool ni ada waktu2 dia tau untuk masuk mandi. Sherry rasa
waktu tu dibuat untuk memudahkan kaki tangan untuk buat kerja penyelenggaraan dan
pembersihan pool.
Entrance, parking pun senang.
Sherry decide untuk pergi pukul 5 masa tu. Pilih sesi 3.
Sebab nak Asar dulu di rumah dan nak pilih waktu yang tak panas sangat. Tapi
bila sampai tengok ada surau and siap ada telekung lagi tau, lepas ni boleh la
gerak awal sikit solat dekat sini je kan.
Sampai2 memang kagum la dengan kebersihan dan penjagaan
kolam awam dekat sini.
Terus pergi kaunter nak beli tiket.
Bayaran sangat la berbaloi for money.
Dewasa : RM 2
Kanak-kanak : RM 1
Kat sini ada 3 kolam actually. 2 for kids and 1 for adults.
Yang paling luar, ni free. Yang ni untuk budak2 kecik baby. So ni takwajib pakai swimming attire.
Tapi yang 2 lagi kat dalam memang wajib pakai swimming attire yang proper. Kalau tak proper nehi he mandi he. Tapi kalua setakat nak jaga anak kat tepi kolam je, boleh la nak pakai baju apa pun. Macam sherry and husband kami dua memang takde swimming suit so, dok tepi jaga anak je la. Walaupun dalam hati dah terlompat lompat nak swim kat adult pool tu.
kolam yang ni paling luar, tak wajib pakai swiming attire. tapi memang cetek untuk baby or budak budak less than 5 years camtu.
Kolam dewasa dan kanak kanak yang bersebelahan.
Kolam Dewasa yang luas.
Kolam kanak kanak yang best.
Anak anak memang excited sangat tengok kolam depan mata. Termasuk
la si kecik tu pun. Dah pandai cakap ibu nak swim in the pool. Amboiiii….
Dah tak sabar nak terjun kuat lentang, flip flap bagai. Adik
& abang ni pandai berenang padahal sherry tak pernah ajar and hantar any
swimming kelas. Tapi tu la budak2 kan, cepat je dapat skills. Mak nye dah tua
tua baru nak belajar berenang. Badan pun dah berat tak mau timbul.
Berendam la budak2 ni dalam pool yang bersih tu. Sara tak
jejak kaki dalam kids pool yang berbayar. Jadinya Ibu terpaksa la bawak dia pi
mandi kat kolam luar. Nasib la dia happy je. Risau jugak dia nangis sebab kena
pisah dengan abang-abang nya.
Muka happy semua. dapat berendam.
Cuaca pun redup je masa tu walaupun ada la panas2 sikit.
Angin pulak sepoi sepoi Bahasa je. Haha.
Tapi bila ada outdoor activity jgn lupa tau protect skin
from UV rays. Kulit sherry ni sangat senang untuk burn dan gelap kalau terkena
cahaya matahari. Sebab tu sebelum keluar tadi, sherry sapu banyak banyak
sunblock dekat muka dan jugak ambik vitamin C and E Shaklee setiap hari. Vitami
C and E ni adalah powerful antioksidant yang dapat melindungi kulit daripada
sinaran UV yang merbahaya. Barulah kulit maintain colour walaupun berjemur di
tengah panas.
Lepas sejam setengah berendam, anak dah puas. Masing2 pandai
naik sendiri. Nasib baik la kan, risau jugak ibu kena jadi hulk nak ajak depa
balik.
Nak tukar baju, ada changing room ya. Tapi budak2 nak tukar
kat situ pun boleh. Changing room and toilet pun bersih. Memang terjaga la
tempat ni. Puas hati sangat and sherry bagi 5 bintang.
Memang definitely akan repeat dating sini lagi bawak anak2
bereakrasi petang petang. Murah je kosnya. Janji anak anak happy kan.
Lepas semua dah tukar baju, singgah pulak dekat playground
kat luar. Main main sekejap anak anak pun dah bagi hint lapar. Lepas berendam
kan memang berkeriuk la perut.
Ibu and ayah decide nak bawak dieorang pergi makan nasi Arab
dekat Cyberjaya. Alang alang dah dekat kan. Nanti sherry review pasal nasi Arab
mana yang best pulakk di next entry k.
_______________________________________________________________________________
ABOUT ME:
Syarifah Binti Mohd Rahim
TRUSTED SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR
TRUSTED SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID: 1236978
CONTACT : 0123660476 TO ORDER ANY SUPPLEMENT AND CONSULTATION.






















































Businesswoman & Supervisor at Shaklee

